INAPAN SAMUDERA CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA

INAPAN SAMUDERA CHALET

inapan samudera

Km 52, Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi

78200, Kuala Sungai Baru,

Melaka.

 

Chalet Inapan Samudera adalah sebuah tempat penginapan yang menawarkan penginapan jenis chalet, apartment dan bilik untuk keselesaan anda yang inginkan percutian indah di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet ini yang beralamat di Km 52, Kampung Balik Bukit, Kuala Linggi, 78200, Kuala Sungai Baru, Melaka mungkin merupakan antara chalet yang cantik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.

Chalet  ini berdekatan dengan pantai Pengkalan Balak dan pastinya memberi memori indah buat anda yang ingin menikmati matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang  yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.

 Chalet ini juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang.  Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti surau, kawasan parking kereta, kawasan lapang untuk aktviti bagi anda yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, pondok aktiviti serta dewan makan.

 
Buat anda yang ingin melihat sendiri penyu karah, inilah peluang anda kerana penyu karah banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Anda juga boleh menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami di chalet Inapan Samudera.

 

PANTAI PENGKALAN BALAK

Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.

Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.

Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.

Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

 

GAMBAR PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA.

DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

dsc00012 tanjung-bidara

pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008

images14 images16 images12

 

 

images7 images11 images8

images131 images12 images3

 

 

 

 

 

 

____________________________________________________

BERMINAT? SILA HUBUNGI KAMI DI:

EMAIL:

dnelayan_resort@yahoo.com

Faks:
06-3848744

Hotline:

Ms Aween 014-2280062

About these ads

The URI to TrackBack this entry is: http://inapansamudera.wordpress.com/2010/03/23/inapan-samudera-chalet-pengkalan-balak-melaka/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: